Pages

Tuesday, January 25, 2011

Mata Hati


Mata indah itu
ingin kutatap untuk selamanya..
tergambar jerit perih
penuh rahsia

Saat mata itu terpejam..
kedut-kedut kelopak mata ibu
ada tersirat di balik senyum jaganya
sedarkah itu wahai anak yang memiliki ekor-ekor

Saat mata kusam itu mengalirkan
manik-manik jernih membasaihi pipi
pernahkah kau sedari wahai anak?
matamu butakah...hatimu egokah...

Wahai anak...
"harta tidak ternilaiku dunia akhirat"
 rendamkan rindumu
utuskan aku doa dalam setiap munajatmu

Sunday, January 2, 2011

satu kisah

penat hatiku
penat otakku
penat fizikalku..

kepenatanku melayan kerenah insani
tak pernah aku suarakan
tetapi
terkadang pernah juga aku mengeluh sendiri

inilah kisah aku
diam adalah aku
marah, sedih aku pendam sendiri
pena berdakwat hitam dan tinta kosong menjadi
teman setiaku

bercakap dengan diri sendiri
berangan mengecapi sesuatu yang masih jauh
berfikir melalui pengalaman
tidak pernah aku tinggalkan..

bila mana ianya mengajar aku erti kehidupan
dalam meniti kedewasaan

Saturday, December 4, 2010

PENGEMIS


Dia..dianugerahkan rasa itu
Dia..dikurniakan naluri itu
Dia merenung duka itu

Ya..dialah pengemis itu
Dialah pengemis dimataku

Pengemis..
yang aku kagumi
Bukan kerana status kau pengemis
Tapi kerana perwatakanmu..
Kesetiaanmu, cinta dan kasih sayangmu

Itulah kau pengemis..
Mengemis untuk sebuah raga
bernama perasaan..


kerana cinta itu
membuat kau bergelar pengemis

Sunday, November 28, 2010

mata itu

aku tahu
aku kenal...mata itu
di balik matamu
tiada lagi sinar itu
tiada lagi bara itu
tiada lagi getar itu..
aku pun tahu...
tak usah kau larikan pandanganmu
dengan tersenyum riang
kerana mata itu
mata yang menyimpan satu seribu rahsia itu
ada tangisan dalam
ada kesedihan panjang
ada mimpi tak sudah..
gugurkan saja air mata itu
tak perlu kau menahannya lagi..
 tika matamu
tidak lagi mampu membohongiku

Friday, November 19, 2010

kosong

hari ni aku rasa kosong sangat..mungkin semalam aku kecewa..aku tidur awal nak hilangkan rase 2..tp apekn daye..hari ni buat aku makin sedih..makin murung..there no mimpi tersimpan anymore..is dead..
emm betol2 dah tension ni..mcm2 dah..x mampu nk pk lg..migrain..
hari rabu nk exam..pk utk exam je..nk buang semua diri yg dulu..



haha baik main ngn kucing aku si hitam lagi best..

Thursday, November 18, 2010

from my sony ericsson J105i








Jubli Emas



raya korban..jalan2 raya kat rumah mak sedara kat geliga..bosan gile tggu orang sian daging..haha nampak 1 pokok ni penuh dengan bunga raya..eh2 bukan 1 tapi b'pokok2..hee..ntah macam mana terigat pulak mase g BSLN buat assg..tp mase 2 ade pameran lecture UPSI Zakaria Yusuf..hah pasal ape? pasal bunga raya lah..
betul lah ape yg dalam pameran dia cakap  kalu dulu bunga raya ditanam di mana2 dan m'jadi perhiasan dlm pasu di kawasan kg2..begitu tebal semangat patriotik orang pada zaman dulu..tapi sekarang dah jarang sekali..sampai aku pun darat jadinya bila lama x jumpa bunga raya..ni la kesannye duk tangkap gambar tgh2 panas..ape2 pun aku bangga masih ade orang zaman sekarang yang nak tanam bunga raya ni kn? walaupun tu mak sedara aku sendiri..sekarang ni kan bulan sambutan bunga raya..bunga kebangsaan "jubli emas"..jadi kebetulan la pulak kan..ape2 pun saje nak berkongsi cerita di hari raya aku..haha bukan nak cerita pasal korban lembu ke kerbau ke..aku ni fobia darah..so sori la x ade cerita korban2 ni..