Pages

Sunday, November 28, 2010

mata itu

aku tahu
aku kenal...mata itu
di balik matamu
tiada lagi sinar itu
tiada lagi bara itu
tiada lagi getar itu..
aku pun tahu...
tak usah kau larikan pandanganmu
dengan tersenyum riang
kerana mata itu
mata yang menyimpan satu seribu rahsia itu
ada tangisan dalam
ada kesedihan panjang
ada mimpi tak sudah..
gugurkan saja air mata itu
tak perlu kau menahannya lagi..
 tika matamu
tidak lagi mampu membohongiku

No comments:

Post a Comment