Pages

Friday, November 12, 2010

Di Hatiku kini ada Kamu


Kehadiran Farish tiba2 saja mengetuk pintu hatiku..mengocak kembali ketenangan yang baru tercipta dari coretan2 luka yang telah pergi sekian lama. bertangangnya dia dalam hidupku membuatkan lamunanku kembali terkenang pada satu kenangan ketika dahulu sewaktu bersamanya..bermonolog dalam diri tiba2 Syakila teringat akan kata2 Farish.
   ''Syakila! sukarkah awak untuk menerima saya? berilah saya satu peluang untuk merawat luka tercalar dalam hati awak. Saya benar2 ikhlas Kila, percayalah''.

Kata2 yang terluah dari bibir Farish telah membuat aku semakin keliru. mungkinkah cinta atau kasihan. Aku keliru. Aku tidak pasti, apakah semua ini. Setiap hari dia berbisik apakah sebuah episod ini..
   Syakila baru saja selesai menunaikan solat subuh. Dia lantas melipat telekung dan sejadah yang digunakan sebentar tadi. Suasana pada waktu itu terlalu dingin hinggakan segala kata2 yang Farish luahkan kembali bermain di kotak fikiran yang bersulam dengan kisah cintanya bersama Hakim.
   "Syakila saya benar2 cintakan awak". Kata2 yang terucap dari mulut Farish masih tetap sama bermain dibenaknya.
   "Farish, kenapa awak cintakan saya? Adakah rasa cinta yang awak ucapkan ini disebabkan rasa simpati awak terhadap saya, jawab saya Farish? Dia menyoal Farish untuk mendapat kepastian.
 
Tiba2 dia tersedar dari lamunan. Dia segera bersiap untuk pergi kerja. Syakila melipat sedikit tudungnya di bahagian kanan dan kiri pipinya sambil mengadap di hadapan cermin yang tak pernah berbohong. Masih sempat lagi dia tersenyum seketika kerana terkenangkan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia pantas bertanya pada dirinya apakah yang hharus dilakukannya.
   "Apa telah berlaku kepada aku ini? Ah..baik lupakan saja lah"

   Setibanya dia di pejabat, suasana di tempat kerjanya begitu membosankan. Farish jurutera di syarikat di tempat dia bekerja tidak datang pula. Kebiasaannya Farish lah yang banyak melawak dan bergurau dengan staff itu walaupun waktu kerja dia merupakan seorang yang serius namun ketika tiada kerja dia seperti staff2 lain juga biarpun berjawatan agak tinggi. Namun begitu, dia berdedikasi, pemurah, baik hati, jujur dan tidak sombong dengan jawatan yang dipegangnya. Ini menyebabkan ramai staff yang senang bekerja dibawahnya.
   Syakila berasa hairan kenapa Farish tidak datang ke pejabat hari ini. Dia lalu bertanya dengan salah seorang staff disitu.
   "Liza nanti kejap. Awak tahu kenapa En. Farish tak datang kerja hari ni?"
   "En.Farish hari ni dia ambil MC, katanya kurang sihat. Emm ok lah Cik Syakila saya masih ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Saya pergi dulu ya?"
   "Ok baiklah. Terima kasih ya" Dia membalas percakapan Liza tadi.

Jam tepat 12.00 tengahari. Matahari yang berada tegak atas kepala terasa begitu panas dan terik sekali. Syakila pula terpaksa pergi ke site untuk meninjau perkembangan projek disana. Kebetulan pula jalan untuk pergi ke site itu sehala dengan jalan ke rumah Farish. Selesai saja kerjanya di site beliau lantas menalefon Farish untuk bertanyakan khabar. Tanpa dirancang dia telah pergi ke rumah Farish.

   "Assalamualaikum"
   "Waalaikummussalam. Oo kejap2, siapa agaknya" bertanya dalam hati.
Ketika Farish membuka pintu dia terperanjat apabila yang terpacak di hadapan pintu itu ialah Syakila.
   "La Kila apa awak buat kat sini?" Pertanyaan diajukan kepada Syakila.
   "Kot ya pun tak nak jemput masuk dulu ke? kat luar ni panas lah" Dia cuba bergurau dengan Farish yang agak lemah itu.
   "Oh ya lupa pula. Ha jemputlah masuk. Nak minum apa2 tak?"
   "Eh tak pe tak pe. Dah minum tadi. Kila saja datang, kebetulan pergi site kat Putrajaya tu. Staff  Farish cakap Farish MC. Jadi kebetulan Kila singgah lah"

Seminggu telah berlalu. Farish telah pun sembuh dari demamnya. Syakila pula terus bermain dengan bayang2 silam. Malam itu Farish telah mengajak Syakila untuk keluar dinner sama2. Pada malam itu juga Farish telah menyatakan sekali lagi hasrat hatinya.

   "Syakila percayakan saya. Saya benar2 sukakan awak Kila, awak percayalah. Saya tak bohong dengan awak dan saya juga tak nak terus tipu diri sendiri. Percaya Kila kerana dihati saya telah lama terukir nama awak Kila, Syakila Syuhadah Haji Salleh. Sejak kali pertama kita kenal hati saya dah terpaut dengan awak, hati saya nak kenal awak dengam lebih rapat. Lama-kelamaan perasaan tu dah bertukar cinta. Kila, siapa sangka dihati saya berputik cinta untuk awak. Tapi belum sempat saya luahkan, awak telah pun menjadi milik Hakim. Tapi saya tak salahkan sesiapa dalam hal ni. mungkin tak ada jodoh kita. Dan kali ni saya tak nak kehilangan awak lagi. Cukuplah sekali Kila. Bukan lagi kali ni, saya dah lama nantikan saat ni. Percayalah saya..saya tak akan sia2 kan awak."

   Hati siapa yang tidak terpikat dengan gadis yang bernama Syakila. Penuh dengan kasih sayang, kelembutan dan kesopanan yang pastinya menambat hati setiap jejaka. Tambahan lagi memakai tudung di atas kepala yang mencerminkan kecantikan  dan penampilan diri sebagai seorang muslimah.

Syakila hanya membisu. mungkin Farish memang benar2 ikhlas mencintai dia. Tapi dia takut. Takut dengan luka silam yang akan memburu lagi. Dia tidak sanggup terluka lagi.

1 comment: